Unit Pengurusan Psikologi mula diwujudkan di KSM pada tahun 2008 yang menempatkan seorang Pegawai Psikologi. Sehingga kini, unit ini dianggotai seramai 2 orang Pegawai Psikologi dan seorang Penolong Pegawai Psikologi.
Tujuan utama pengwujudan unit ini di semua kementerian dan jabatan adalah untuk membangunkan modal insan dengan penerapan aspek psikologi dan kaunseling.
Visi: Pemangkin perkhidmatan psikologi ke arah memantapkan modal insan yang sejahtera dan cemerlang.
Misi: Menjadi perancang, pemudahcara, penyelaras dan pelaksana aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia yang berkualiti.
Objektif: Menyumbang kepada usaha kerajaan secara berkesan dan efisien dalam perancangan dan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang mahir, cekap, berdisiplin dan inovatif.
ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG BAGI PENCAPAIAN STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) TAHUN 2017 DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
ANUGERAH AKRAB ORGANISASI KATEGORI INOVATIF DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA