Soalan Lazim (FAQs)

 

Akta Pekerjaan & Lain-Lain Perundangan 

Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000.00 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji. Jika anda seorang pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955..
Jenis  pekerjaan di mana seseorang wanita dilarang melakukannya adalah seperti berikut: i. Kerja bawah tanah
ii: Bekerja di sektor perusahaan/pertanian di antara pukul 10.00 malam sehingga 5.00 pagi tanpa pengecualian   daripada Ketua Pengarah Buruh.
 

Kontrak Perkhidmatan & Penamatan 

Sekiranya kontrak perkhidmatan tidak menetapkan tempoh masa notis, tempoh notis hendaklah seperti berikut: 1) 4 minggu notis - jika bekerja kurang daripada dua(2) tahun; 
2) 6 minggu notis - jika bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun; 
3) 8 minggu notis - jika bekerja 5 tahun atau lebih. 
Majikan atau pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa memberi sebarang notis dalam keadaan berikut; iaitu dengan membayar indemniti ganti notis; dan sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan.
Keadaan yang boleh membawa kepada sesuatu kontrak perkhidmatan tidak dipatuhi adalah jika:
Majikan gagal membayar gaji dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir bagi tempoh pembayaran upah. Pekerja yang tidak hadir kerja selama lebih daripada dua hari berturut-turut tanpa makluman atau kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya.

 

Kerja lebih masa, Hari rehat dan Jam Bekerja

Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari rehat, hendaklah dibayar tambahan sehari gaji kadar yang biasa bagi pekerja tersebut.
Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan.
Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut: Pada hari kerja biasa, 1 1/2 kali kadar gaji sejam. Pada hari rehat, 2 kali kadar gaji sejam. Pada hari cuti am, 3 kali kadar gaji sejam.

 

Apa yang boleh saya adu kepada KSM?

Semua aduan terhadap KSM/Jabatan/Agensi yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan KSM/Jabatan/Agensi yang dirasakan tidak adil dan tidak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

 

Adakah pelbagai aduan boleh dirujuk kepada KSM?

Ya, jika ia merupakan aduan terhadap KSM/Jabatan/Agensi KECUALI aduan terhadap: i. Dasar-dasar kerajaan. Perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa:

ii. Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC);   

iii. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

iv.Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP);

v.Jabatan Bantuan Guaman;

vi. Mahkamah.

 

Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada KSM?

Maklumat yang perlu diisi 
i. Nama - Jenis Pengadu; 
ii. No. Kad Pengenalan - Tajuk Aduan;
iii. Jantina - Butiran Aduan; 
iv. Alamat - Aduan Terhadap Bahagian/Jabatan/Agensi; 
v. Negara/Negeri/Daerah - Tindakan yang telah diambil pengadu; 
vi. Telefon/E-mel - Tindakan yang dikehendaki dari KSM;
vii. Pekerjaan.

 

 

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!