YUSRY_SKILL4ALL1

03 DISEMBER 2019 - Seramai 350 orang pelajar dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh, GIATMARA Ipoh Barat, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Seri Iskandar berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama Ikon TVET KSM, Saudara Yusry Abdul Halim yang berlangsung di ILP Ipoh, sempena Majlis Pelancaran SkillsMalaysia2.0: Skills4All; Towards New Collar Jobs.

Saudara Yusry turut menekankan bahawa bidang kemahiran tidak terhad kepada pekerjaan berat seperti welding, engineering tetapi juga kemahiran seperti perekaan pakaian, penggayaan rambut malahan juga masakan. Beliau menyeru kepada para belia untuk terus mengembangkan kemahiran yang ada dengan tidak mengehadkan kursus yang mereka ambil ketika ini. Semoga perkongsian seperti ini dapat mengaspirasikan anak muda untuk menceburi bidang kemahiran TVET.

YUSRY_SKILL4ALL2 YUSRY_SKILL4ALL3

LEAPS20191

01 DISEMBER 2019 - Ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Labour Enrichment and Professionalism (LEAPS) sebentar tadi, YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia berharap seminar ini mampu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan persediaan pekerja dalam menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi terutamanya ketika Revolusi Perindustrian 4.0 masa kini. Seminar ini merupakan seminar ketiga diadakan selepas Putrajaya dan Ipoh.

Menyahut cabaran era globalisasi hari ini, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah membangunkan sistem Electronic Trade Union Information System (e-TUIS) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada kesatuan sekerja sekaligus menggalakkan penggunaan teknologi maklumat oleh kesatuan sekerja.

Dato’ Mahfuz dalam ucapannya menyeru agar golongan pekerja Gig Economy untuk berdaftar di bawah Skim Bencana Kerja sebagai perlindungan dan bagi menjaga kebajikan mereka yang bekerja sendiri dan pemandu e-hailing. Semoga skim ini dapat dihebahkan kepada semua lapisan masyarakat agar lebih ramai pekerja Gig Economy mendapat perlindungan sewajarnya.

LEAPS20192 LEAPS20193

SKILL4ALL1

03 DISEMBER 2019 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfurlah telah mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran SkillsMalaysia 2.0: Skills4All: Towards New Collar Jobs anjuran Kementerian Sumber Manusia yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh.

Dalam titah baginda, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfurlah menekankan ilmu, pengetahuan, latihan dan kemahiran yang dibekalkan untuk anak- anak hendaklah selaras dengan senario semasa agar mereka tidak dipinggirkan dari Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

YB M. Kula Segaran turut menyatakan Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan promosi TVET melalui program- program outreach di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Turut hadir bersama bagi mengiringi Paduka Seri Sultan Perak adalah YAB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak dan YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia.

SKILL4ALL2 SKILL4ALL3

MIHRA20191

29 NOVEMBER 2019 - Ketika menyempurnakan Malaysia International HR Awards, YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia berharap majlis ini mampu mempromosikan kualiti serta piawaian yang diperlukan dalam pengurusan sumber manusia sekaligus menetapkan 'benchmark' kepada pemain industri yang lain dalam menguruskan modal insan bertaraf antarabangsa.

Acara tahunan anjuran Institut Pengurusan Sumber Manusia (MIHRM) ini diadakan bagi mengiktiraf majikan serta HR Professionals yang komited dalam membangunkan modal insan iaitu salah satu komponen penting dalam 7 teras strategik Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah! Semoga terus komited membantu negara dalam melahirkan pemain industri yang berkualiti dalam bidang sumber manusia!

MIHRA20192 MIHRA20193

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!