Selamat Pagi Malaysia : Sedutan Video Lintas Langsung Sambutan Hari Pekerja 2019
Putrajaya, 1 Mei 2019 - Lintas langsung oleh Selamat Pagi Malaysia dari PICC, Putrajaya sempena Sambutan Hari Pekerja 2019. Sambutan ini dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia . Hadir sama YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBhg Dato Amir Omar, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia dan Pengurusan Tertinggi KSM.
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”
Sedutan video adalah daripada RTM Malaysia
20 Feb 2019 : Majlis Pelancaran Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) telah disempurnakan oleh oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia di Dewan Serbaguna KSM. NWI merupakan maklumat yang berwibawa berkaitan perubahan gaji dan upah dari semasa ke semasa dalam pasaran buruh Malaysia.
NWI yang merupakan pertama kali dilancarkan itu adalah sebagai panduan untuk majikan di negara ini dalam menetapkan tahap gaji, membuat pelarasan gaji selain sebagai input kepada dasar sumber manusia syarikat.
Walau bagaimanapun dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus kemudian, YB Menteri Sumber Manusia berkata bahawa NWI ini adalah sebagai garis panduan dan penanda aras, bukan wajib untuk majikan ikuti sebagaimana amalan di negara maju lain.
Video MOU Signing & Career Talk antara KSM & UKM
25 April 2019 - MoU Signing and Career Talk antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang diwakili oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta majlis dialog bersama mahasiswa Jabatan Kejuruteraan, UKM. Majlis disaksikan oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia.
12 Februari 2019 : Majlis Karnival Pekerjaan, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah diadakan di Kangar, Perlis. Majlis tersebut telah dirasmian oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato' Mahfuz Omar.
Dalam majlis tersebut, YB Dato' Mahfuz Omar menegaskan bahawa Kerajaan akan meneruskan usaha mencapai kuota satu peratus Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam sektor awam. Walaua bagaimanapun menrut beliau , penempatan mereka mestilah sepadan dengan kecacatan selain boleh melakukan kerja.
Dalam majlis tersebut, YB Timbalan Menteri Sumber Manusia turut menyampaikan geran perniagaan berjumlah RM173,824.29 kepada empat usahawan muda berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar negeri ini.