10 Julai 2018 : Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar telah merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2018 di Pusat Latihan Perodua, Rawang.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ Hj Mahfuz Omar berkata, majikan dan pekerja perlu bekerjasama dalam mengenal pasti bahaya di tempat kerja dengan melakukan analisis dan kawalan risiko yang berkesan. Katanya lagi, kerajaan melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ) sentiasa berusaha dalam meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan di tempat kerja.

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan acara tahunan yang disambut setiap tahun pada minggu kedua bulan Julai. Menerusi sambutan ini pelbagai aktiviti / program yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ia diadakan oleh kerjasama Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan JKKP, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

5 Julai 2018 : Majlis Jamuan Aidilfitri Kementerian Sumber Manusia 2018 telah diadakan di ruang legar Tingkat 1, Blok D3, Putrajaya. Turut hadir ialah YB Menteri Sumber Manusia, YBhg M. Kula Segaran, Ybrs En. Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai kanan Kementerian dan Jabatan.

YB Menteri dalam ucapannya telah merakamkan tahniah atas kejayaan penganjuran dan perkongsian juadah secara pot-luck mengikut Bahagian dan Jabatan di dalam Kementerian. Semoga majlis yang diadakan walaupun dalam keadaan yang sederhana serta melibatkan semua warga Kementerian ini tetap meriah dan dapat memperatkan hubungan serta kerjasama dikalangan warga Kementerian.

Pada akhir ucapannya, YB Menteri melancarkan satu pungutan suara bagi mendapatkan pandangan warga KSM sama ada setuju untuk berpindah ke bangunan baru di Presint 2 atau tidak.

7 Julai 2018 : YB Tuan M. Kulasegaran Menteri Sumber Manusia telah melancarkan Program Kaunter Khidmat Rakyat 2018 di Pasar Pagi Awam Buntong, Ipoh Perak. Menerusi program yang dianjurkan bersama PERKESO, YB Menteri Sumber Manusia akan membuka kaunter khidmat rakyat di kawasan pasar berkenaan, bagi membolehkannya berjumpa dengan rakyat dengan lebih dekat dan membolehkan rakyat membuat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan PERKESO. 

Hadir sama ialah En Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar & Antarabangsa ), Ketua Eksekutif PERKESO Dato’ Sri Dr Mohamed Azman dan Adun Kepayang, YB Dr Ko Chung Sen.

Dalam majis tersebut, YB Menteri Sumber Manusia turut mengingatkan majikan yang mereka mempunyai tempoh sehingga 31 Julai ini untuk mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum Op Kesan dilaksanakan Ogos ini. Mereka boleh dikenakan kompaun seterusnya dihadapkan ke mahkamah. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

4 Julai 2018 : Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia bagi bulan Julai telah diadakan dengan buat pertama kalinya menampilkan ucaptama YBhg Timbalan Menteri Sumber Manusia yang baharu iaitu YB Dato' Mahfuz Omar. Dalam ucapannya, YB Dato' Mahfuz meminta semua warga Kementerian sayangi pekerjaan masing-masing dan laksanakan dengan penoh integriti serta memastikan kosong rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berharap agar KSM boleh menjadi contoh kepada Kementerian lain dengan sentiasa bersedia meningkatkan kemahiran, belajar daripada orang lain yang mempunyai kelebihan tertentu serta bekerja dalam satu keluarga dengan menjadi cermin diantara satu sama lain.

Beliau juga meminta semua warga KSM berani untuk bercakap jujur, maklumkan kepadanya jika ada perkara yang tidak betul dan beliau terbuka menerima teguran daripada semua warga KSM.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!