09 DISEMBER 2019 - Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Haji Mahfuz bin Omar melancarkan Rangka Kerja Kemahiran Perindustrian pertama bagi industri perhotelan di Hotel Royale Chulan. Ia adalah inisiatif bersama antara Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) di bawah PSMB dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH).
Ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 oleh kerajaan yang mensasarkan 30 juta pelancong ke negara ini menjelang tahun 2020. Adalah diharapkan program ini akan merancakkan aktiviti pertumbuhan sektor perhotelan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.
04 DECEMBER 2019 - Swedish Ambassador to Malaysia H.E. Dag Juhlin-Dannfelt, paid a courtesy visit to YB M. Kula Segaran, Human Resources Minister at the Parliament. Also present, were the senior officers of MOHR. During the visit, H.E. & YB Minister shared some major achievements and future plans for both countries.
05 DISEMBER 2019 - Satu Sesi town hall bertujuan mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan mengenai empat topik utama iaitu, Rancangan Malaysia ke- 12, Kajian Semula Tata Amalan Keharmonian Perusahaan, Dasar Sumber Manusia Negara dan Perlembagaan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan telah diadakan di Renaisance Hotel, Kuala Lumpur.
Seramai 276 orang pemegang taruh (stakeholders) yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pekerja dan kesatuan sekerja, majikan dan persatuan majikan serta organisasi masyarakat sivil telah menghadiri sesi libat urus (engagement) ini. YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber manusia hadir dan memberi ucapan penutup pada majlis penutupan program tersebut. Turut hadir bersama beliau adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Mahfuz Omar dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Dato’ Amir Omar.
04 DISEMBER 2019 - Seramai 66 wakil pekerja-pekerja ladang seluruh Malaysia telah bertemu dengan YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia untuk menyerahkan Memorandum; yang salah satunya menuntut agar diwujudkan satu undang-undang Skim Perumahan Ladang dengan mewajibkan pemilik-pemilik ladang menyediakan kemudahan perumahan mampu milik untuk pekerja-pekerja ladang. Beliau bersama En. Maniam a/l Arumugam, TKSU (Operasi) dan Dato' Mohd Jeffrey Joakim, KP JTKSM telah meluangkan masa untuk bertemu dan menerima Memorandum tersebut daripada kumpulan tersebut di Parlimen sebentar tadi.
YB Menteri Sumber Manusia telah menyatakan komitmen beliau untuk mengatur penyelesaian jangka masa pendek dan berterusan kepada isu-isu yang telah diketengahkan dalam memorandum tersebut terutamanya perumahan mampu milik untuk pekerja pekerja ladang, agar diberi keutamaan dalam pembangunan tanah ladang oleh syarikat ladang, kerajaan negeri dan persekutuan.