Makluman penting kepada semua kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri dan individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya termasuk pemandu e-hailing seperti GrabCar dan juga pemandu bas yang bekerja sendiri seperti bas berhenti-henti, bas carter, bas ekspres, bas mini, bas pekerja, bas pengantara, bas sekolah dan bas lapangan terbang.
Promosi Cabutan Bayar & Menang PTPK
Bermula hari ini 1 Julai sehingga 30 September 2019, PTPK menawarkan promosi cabutan bayar & menang kepada peminjam PTPK yang menyelesaikan keseluruhan baki pinjaman dengan baki minimum serendah RM100 sahaja.
Pelbagai hadiah menarik dengan jumlah sehingga RM40,000 menanti anda yang bertuah! (Hadiah akan diumumkan dari masa ke semasa)
Sila klik link di sini untuk info lanjut : http://www.ptpk.gov.my/anno…/…/226-umum-promosi-bayar-menang
Jom rebut peluang ini, mungkin anda salah seorang yang bertuah layak memenangi hadiah menarik yang kami tawarkan.
#promosibayardanmenang #promosiptpk #pinjamanlatihankemahiran #langsaikanpinjaman #bebashutang #hadiahmenarik
Sumber video adalah daripada Facebook PTPK, Kementerian Sumber Manusia
02 JULAI 2019, PUTRAJAYA - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Sijil Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Bidang Pengurusan Bimbingan Kerjaya melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada 17 penerima DLKM yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
01 JULAI 2019, KLANG - YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia menyaksikan sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Enter Corridor Training Centre (ECTC) dan Maahad Tahfiz al Quran Wa as Sunnah(MTAQWA'S). Program TVET Tahfiz ini akan memberi peluang dan membantu para pelajar tahfiz mendapatkan latihan kemahiran yang bersistematik melalui pensijilan yang diiktiraf.