29 OKTOBER 2019, PUTRAJAYA - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) Bil10/2019 yang bertempat BiliK Gerakan Kementerian Sumber Manusia.
24 OKTOBER 2019 - Dato’ Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia ketika merasmikan Hari ICT Kementerian Sumber Manusia 2019 [Revolusi Industri 4.0] yang bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.
25 OKTOBER 2019, PUTRAJAYA – YBhg. Dato’ Amir bin Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika merasmikan Majlis Pemantapan Integriti 2019 anjuran Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Dalam majlis ini, beliau telah memakaikan lencana “Saya Berintegriti dan Benci Rasuah” kepada ketua-ketua Jabatan, Agensi dan Bahagian KSM. YBhg. Dato’ turut melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#SayaBerintegritiDanBenciRasuah
22 OKTOBER 2019, KUALA LUMPUR — YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan Isu Penutupan Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad berhubungan isu penamatan seramai 815 orang pekerja Utusan Melayu (M) Berhad yang bertempat di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Kuala Lumpur.