6 NOVEMBER 2019, PETALING JAYA - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan Ucaptama semasa Program Growth and Job Creation for Youth - Enhancing Malaysian Young Workers’ Employability and Future Skills yang berlangsung di Sunway University, Petaling Jaya.
Beliau turut menyatakan komitmen kementerian dalam merancang dan membangunkan pelbagai program dan inisiatif bagi memastikan golongan muda di Malaysia dilengkapi kemahiran yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan kerja di masa hadapan.
YBM juga menekankan bahawa terdapat sebanyak 640,000 peluang pekerjaan yang terbuka luas dalam pelbagai sektor di Malaysia. Oleh itu, golongan muda diseru untuk merebut peluang pekerjaan tersebut.
Turut hadir bersama YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Howard Lee, Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak dan YB Lim Yi Wei, ADN Kampung Tunku.
30 OKTOBER 2019, KUALA LUMPUR - Sekitar sesi perbincangan di antara YB Menteri Sumber Manusia dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Sumber Manusia berkenaan Isi Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2020 Peringkat Dasar pada sesi Dewan Rakyat.
5 NOVEMBER 2019 - YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika Majlis Penutup Seminar Psikologi Kementerian Sumber Manusia Tahun 2019. Turut hadir YBhg. Dato’ Amir Omar Ketua Setiusaha, YBhg. Datuk Kua Abun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Manusia.
29 OKTOBER 2019, PUTRAJAYA - YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) Bil10/2019 yang bertempat BiliK Gerakan Kementerian Sumber Manusia.