KERJASAMAPINTAR_ILPKBATAS1

28 NOVEMBER 2019 - Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia hari ini hadir menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman melibatkan sebelas (11) syarikat yang akan menjalinkan usahasama serta kerjasama pintar bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas. Di antara objektif diadakan kerjasama ini adalah bagi memperkukuhkan jaringan dengan industri seterusnya mendokong ke arah strategi 4 iaitu memastikan pekerjaan dan kebolehkerjaan dalam Pelan Strategik JTM 2016-2020.

Persetujuan memeterai kolaborasi ini adalah hasil kerjasama strategik yang bakal memberikan impak keuntungan jangka masa panjang terutama dalam menangani masalah pasaran pekerja mahir di industri.

KERJASAMAPINTAR_ILPKBATAS2 KERJASAMAPINTAR_ILPKBATAS3

CLOSING_HRDFCONF1

27 NOVEMBER 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Dato’ Amir Bin Omar menghadiri Majlis Penutup HRDF Conference and Exhibition 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre. Program persidangan yang berlangsung selama 2 hari ini berakhir dengan ucapan penutup oleh YBhg. Dato’ Amir Bin Omar yang menekankan kepentingan pemilihan teknik yang betul untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran tinggi seiring dengan aplikasi teknologi terkini sekali gus, boleh meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

CLOSING_HRDFCONF2 CLOSING_HRDFCONF3

SMARTCITY_SUMMIT20191

27 NOVEMBER 2019 - Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Mahfuz Omar mengiringi Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Datuk Dr. Wan Ismail merasmikan Program Smart Technology For Smart City Summit 2019 - Towards Sustainable National Development yang berlangsung di Concorde Hotel, Shah Alam. Persidangan yang bertemakan Towards Sustainable National Development ini dianjurkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan kerjasama Malaysian Society for Engineering & Technology (MySET) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) .

Dalam ucapan pembukaan , YB Dato’ Mahfuz Omar turut menyatakan harapan beliau agar persidangan ini menjadi platform untuk menambah ilmu pengetahuan bagi ahli- ahli MBOT yang telah diiktiraf tentang teknologi terkini dalam membangunkan infrastruktur yang mapan. YAB Timbalan Perdana Menteri yang turut serta dalam majlis ini telah mengimbas peranan teknologis ini dalam pembentukkan negara maju. Beliau mahukan golongan ini aktif dan menyumbang ke arah _nation building_ seperti yang telah dilakukan di Singapura dan Korea Selatan.

SMARTCITY_SUMMIT20192 SMARTCITY_SUMMIT20193

HRDFCONF_EXHI1

26 NOVEMBER 2019 - Seramai 2000 pakar industri tempatan dan antarabangsa telah menghadiri HRDF Conference & Exhibition yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mahfuz bin Omar sekaligus melancarkan Elite 20 Outreach Club yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pagi tadi.

Elite 20 Outreach Club merupakan sebuah kumpulan ekslusif yang ditubuhkan bagi mendedahkan cabaran di samping membincangkan perkara berhubung Sumber Manusia serta dasar Pembelajaran dan Pembangunan untuk mempercepatkan pembangunan modal insan Malaysia. Dalam majlis tersebut YB Timbalan Menteri Sumber Manusia turut menyampaikan hadiah kepada 10 para pemenang Anugerah Pembangunan Sumber Manusia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan sumber manusia.

HRDFCONF_EXHI2 HRDFCONF_EXHI3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!