MIA_HBP20191

11 DISEMBER 2019 - Sempena program Hari KSM Bertemu Pelanggan, Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran telah bertemu wakil dari Malaysian Institute of Accountants (MIA) untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai hala tuju sektor pekerjaan secara menyeluruh di Malaysia. Program KSM Bertemu Pelanggan ini diadakan pada setiap hari Selasa jam 8 pagi di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.

MIA_HBP20192 MIA_HBP20193

OCCUPATIONALDISEASES1

09 DISEMBER 2019 - ‘Guidelines On The Diagnosis Of Occupational Diseases 2nd Edition 2019’ yang bakal digunakan sebagai rujukan oleh panel Jemaah Doktor Khas PERKESO telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Pullman Bangsar. Buku ini boleh dijadikan rujukan bukan sahaja kepada Jemaah Doktor PERKESO malahan untuk semua pengamal perubatan dalam mengenal pasti penyakit pekerjaan.

Semoga dengan pelancaran buku ‘Guidelines On The Diagnosis Of Occupational Diseases 2nd Edition 2019’ dapat membantu dalam diagnosis yang tepat di peringkat awal sekaligus langkah-langkah pencegahan awal boleh dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

OCCUPATIONALDISEASES2 OCCUPATIONALDISEASES3

PEND_B40KSM1

10 DISEMBER 2019 - Seramai 190 orang kakitangan am Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah menerima sumbangan Bantuan Kewangan Khas (Pendidikan Anak) B40 yang telah disampaikan oleh YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia, di Putrajaya.

Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dalam penyediaan persiapan sekolah anak-anak menjelang pembukaan sekolah tahun hadapan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PSMB di atas program Tanggungjawab Sosial Korporat yang sentiasa mengambil berat akan kesukaran yang dihadapi oleh golongan B40 ini.

PEND_B40KSM2 PEND_B40KSM3

RUUPP20191

09 DISEMBER 2019 - Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran pada Sesi Taklimat Rang Undang-Undang Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2019 kepada ahli-ahli yang berhormat Senator Dewan Negara yang berlangsung di Parlimen. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk menambah baik sistem penyelesaian pertikaian isu yang berbangkit sedia ada boleh diselesaikan dengan lebih berkesan dan pantas selain memastikan perlindungan hak pekerja di Malaysia setara dengan standard antarabangsa.

“Sehubungan dengan itu, kementerian memohon pindaan ini dilihat secara positif sebagai satu pakej yang akan memartabatkan kesatuan sekerja dalam jangka panjang dan akan memberi faedah yang besar kepada golongan pekerja”. Kata YB M. Kula Segaran, ketika berucap pada sesi taklimat itu. Turut hadir pada Sesi Taklimat ini ialah YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

RUUPP20192 RUUPP20193

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!