15 Januari 2019 : Hari Bertemu Pelanggan Peringkat KSM 2019 akan diadakan pada setiap hari Selasa, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Hari Bertemu Pelanggan yang mula diadakan pada 15 Januari 2018 iaitu pada setiap Hari Selasa, bertempat di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, adalah salah satu inisiatif Kementerian Sumber Manusia untuk mendengar, mengambil tindakan, dan menyelesaikan segala permasalahan serta mengambil kira sebarang idea penambahbaikan mengenai pengurusan sumber manusia bagi memastikan kualiti hidup rakyat semakin meningkat.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir mendapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar setiap Bahagian dan Jabatan dalam Kementerian Sumber Manusia. Dalam Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada 15hb lalu, YBhg Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Sumber Manusia turut hadir bersama bertemu pelanggan. Antara permasalahan serta aduan yang diterima adalah mengenai pemberhentian pekerjaan, kelulusan pengambilan pekerja asing dalam pelbagai sektor serta pekerja yang melanggar polisi syarikat.
Buat pertama kali Malaysia mencipta nama di rantau Asia yang meliputi 11 buah negara ahli dalam pertandingan Worldskill Asia 2018 yang telah diadakan di Abu Dhabi, United Arab Emirate pada 27hb hingga 29 November 2018. Kontingen negara telah memenangi 3 Pingat Emas, 3 Pingat Perak serta 5 Medallion Of Excellent.
Kemenangan 3 pingat Emas adalah dalam bidang Refrigeration & Air Conditioning, Car Painting dan Welding. Manakala 3 pingat Perak dimenangi menerusi bidang Mechanical Design Eng. CAD, Painting & Decorating dan Fashion Technology. Sementara tambahan 5 pingat Medallion Of Excellent menjadi pembakar semangat kontinjen negara untuk menghadapi WSC 2019 di Kazan pada tahun hadapan.
Ketibaan kontingent negara telah disambut dalam satu majlis khas yang diadakan pada 2 Dis 2018, jam 10 pagi di KLIA, yang diketuai oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut hadir ialah Menteri Beliau dan Sukan, Timbalan Menteri Kerjaraya serta keluarga dan rakan-rakan peserta. Tahniah kepada kontingen negara.
5 Januari 2019 : Kementerian Sumber Manusia akan memperluaskan Program Bersiri Kementerian Sumber Manusia Bersama Rakyat ( Kaunter Khidmat Rakyat ) dalam usaha untuk membawakan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi di bawah Kementerian dekat kepada rakyat.
Menurut YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia, dengan cara itu rakyat akan dapat menyalurkan sebarang aduan dan masalah selain mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan kementerian tanpa perlu hadir ke Putrajaya mahupun ke bandar-bandar utama. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Bersiri Kementerian Sumber Manusia Bersama Rakyat di Pasar Awam Brinchang, Cameron Highland.
Pada ketika kini Hari Bersama Pelanggan diadakan pada setiap Selasa, dari 8.00 – 10.00 pagi di Ibu Pejabat, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya yang turut melibatkan ekurang-krangnya enam agensi di bawah kementerian selain dua buah agensi lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. Ini termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh Asean kali ke-25 yang telah diadakan pada 23-29 November 2018. Bersempena dengan mesyuarat tersebut, pelbagai mesyuarat berkaitan serta persidangan berkaitan telah turut diadakan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Dalam majlis perasmian yang diadakan pada 28hb November 2018, YAB PM dalam ucapan perasmian yang dibacakan teks ucapannya oleh YB Menteri Sumber Manusia berharap dapat menggalakkan pengenalpastian potensi dan prospek untuk industri serta pekerjaan hijau dalam kalangan negara anggota Asean sepanjang penggalnya Malaysia sebagai Pengerusi Sektor Buruh ASEAN bagi tempoh 2018 hingga 2020. Ini termasuklah membangunkan dasar-dasar serantau yang sepadan berkaitan industri hijau sepanjang tempoh tiga tahun bermula tahun ini hingga 2020.
Sementara itu, dalam Majlis penutup Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN ke-25 yang dilakukan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau menyatakan rasa gembira dengan komitmen tekad yang ditunjukkan oleh negara anggota ASEAN dalam Deklarasi ASEAN untuk mempromosikan teknologi hijau dalam sektor pekerjaan. Ini adalah strategi yang tepat dalam pembangunan sosio ekonomi di dalam waktu yang sama menangani cabaran global melindungi alam sekitar.