PERKONGSIAN MASALAH PUAN POOVAIE KARUPPAN DENGAN YB M. KULA SEGARAN, MENTERI SUMBER MANUSIA SEMASA HARI BERTEMU PELANGGAN KSM
- Published: Wednesday, 18 December 2019 00:02
- Hits: 2866
17 DISEMBER 2019 - Puan Poovaie Karuppan telah berkesempatan untuk berkongsi masalah beliau kepada YB M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia semasa Hari Bertemu Pelanggan KSM. Penyakit angin ahmar yang dialami oleh Puan Poovaie telah mengakibatkan beliau sukar untuk menggerakkan kaki selain daripada terlibat dengan kemalangan pada 2 tahun yang lalu.
Tujuan beliau hadir ke kaunter PERKESO bagi membuat rayuan pencen ilat untuk mengurangkan beban menyara keluarga. Skim Keilatan adalah bantuan yang dibayar kepada orang berinsurans yang diperakui menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan dan tidak boleh diubati.