SESI TEMUDUGA DALAM KARNIVAL PEKERJAAN EMPLOYMENT INSURANCE SYSTEM (EIS) PERKESO NEGERI SARAWAK

EISPERKESO_SARAWAK1

14 DISEMBER 2019 - Tahniah kepada PERKESO yang telah berjaya membuka peluang kepada kelompok pencari kerja terutama kepada para pencarum PERKESO yang kehilangan pekerjaan di Sarawak. 37 majikan terlibat menawarkan pekerjaan melalui sesi temuduga dalam Karnival Pekerjaan Employment Insurance System (EIS) PERKESO Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sebanyak 4391 kekosongan jawatan ditawarkan kepada seramai hampir 1000 orang pencari kerja yang hadir di Mydin Mall, Kuching. Perkhidmatan membina resume melalui klinik pekerjaan & khidmat rundingcara turut ditawarkan bagi membantu calon-calon yang hadir. Dato' Amir Bin Omar, Ketua Setiausaha KSM turut hadir mewakili Kementerian memberi komitmen serta sokongan terhadap inisiatif tersebut.

EISPERKESO_SARAWAK2 EISPERKESO_SARAWAK3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!