PROGRAM MODULAR PROFESSIONAL CERTIFICATION DALAM BIDANG KESELAMATAN SIBER

PROCERT_SIBER1

25 NOVEMBER 2019 - YB Dato’ Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Program Modular Professional Certification Dalam Bidang Keselamatan Siber yang berlangsung di Concorde Hotel, Shah Alam. Program Modular Professional Certification (Keselamatan Siber) merupakan satu inisiatif oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan CyberSecurity Malaysia (CSM), dalam menaiktaraf dan mengiktiraf profesion Teknologis dan Juruteknik. Ini merupakan satu sesi TownHall yang menyaksikan jalinan kerjasama TVET antara pelbagai agensi. MBOT juga perkenalkan beberapa anugerah khas untuk menghargai keterlibatan industri, organisasi dan individu dalam memperkasa Revolusi Industri 4.0. Turut hadir bersama adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Ts. Ahmad Zaidee Laidin, Presiden MBOT, YBrs. Encik Maniam Arumugam, Timbalan Ketua Setiausaha (D&AB) Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi Mohamed (B), Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CSM.

PROCERT_SIBER2 PROCERT_SIBER3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!