MAJLIS TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM NEGERI KEDAH

MAJTAKSKM_ISLAMKDH1

24 NOVEMBER 2019 - Kementerian Sumber Manusia telah memulakan usaha mengangkat taraf pusat-pusat pengajian tahfiz melalui inisiatif pelaksanaan sistem persijilan kemahiran Malaysia di Institusi Pendidikan Islam Negeri Kedah.

Melalui usaha ini, pelajar-pelajar tahfiz akan dilengkapkan dengan kemahiran berserta sijil pengiktirafan sebagai nilai tambah kepada para pelajar. Majlis taklimat pelaksanaan ini melibatkan pusat-pusat Tahfiz berdaftar seluruh negeri Kedah bertempat di Maahad Tahfiz Ahmadiah, Bedong Kedah yang dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut hadir bersama ialah YB Dato' Dr. Ismail bin Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau menekankan agar pusat tahfiz yang moden ini dapat bersaing dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan individu kebolehpasaran melalui pendidikan TVET.Dengan itu masyarakat akan ubah persepsi terhadap pusat-pusat tahfiz di seluruh negara yang bakal melahirkan pelajar berkemahiran tinggi.

MAJTAKSKM_ISLAMKDH2 MAJTAKSKM_ISLAMKDH3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!