KARNIVAL KERJAYA OKU @JOBSMALAYSIA TAHUN 2019

KAROKU_JOBSMY20191

14 NOVEMBER 2019, KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, YB M. Kula Segaran merasmikan Karnival Kerjaya OKU @JobsMalaysia Tahun 2019 yang berlangsung di Dewan Perdana Mini Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur. Menerusi program ini, YB M. Kula Segaran menyatakan komitmen dan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib rakyat dan sekali gus dapat meningkatkan lagi taraf kehidupan dan sosio ekonomi mereka.

“Kerajaan tidak pernah sama sekali mengabaikan nasib rakyat terutama kepada golongan khas yang memerlukan pendapatan dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Dengan kepesatan pembangunan Negara dalam pelbagai sektor, kerajaan komited untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.” Katanya ketika berucap di majlis perasmian itu. Beliau juga menyeru agar golongan pencari kerja khususnya, kepada golongan kurang upaya agar mengambil kesempatan ini dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang- peluang yang terdapat dalam karnival kerjaya ini.

KAROKU_JOBSMY20192 KAROKU_JOBSMY20193

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!