BENGKEL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT ZON UTARA (OSH IN US WORKSHOP) 2019

BENGKEL_KKP_UTARA1

20 OKTOBER 2019 - YB Dato' Mahfuz Bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika menyampaikan ucapan pada perasmian Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Zon Utara (OSH in US Workshop) 2019 berkata, pada pada tahun 2018, sebanyak 7,258 kes penyakit dan keracunan pekerjaan dilaporkan berbanding 6,020 kes pada tahun 2017. Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan bagi tempoh 2016-2018 adalah sebanyak 21,098 kes (63%) berbanding dengan keseluruhan bilangan kes kemalangan yang dilaporkan iaitu 12,416 kes (37%) untuk tempoh masa yang sama.

Menurut beliau lagi, bengkel yang dianjurkan ini sangat penting dalam meningkatkan pengetahuan di kalangan peserta terutamanya terhadap aspek kesihatan pekerjaan. Bengkel yang berlangsung di Tabung Haji Convention Centre, Alor Setar Kedah ini melibatkan 150 peserta.

BENGKEL_KKP_UTARA2 BENGKEL_KKP_UTARA3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!