LAWATAN KORPORAT KSM KE AGENSI MEDIA HARIAN METRO

KOR_HMETRO1

18 OKTOBER 2019 - 25 Pegawai Perhubungan Awam KSM serta Jabatan/Agensi di bawahnya telah mengadakan lawatan korporat ke Agensi Media Harian Metro bertempat di Balai Berita NSTP Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Lawatan ini bagi memperkukuhkan hubungan di antara KSM dan pihak media yang telah pun terjalin di samping memberi peluang kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan media di Kementerian/Jabatan/Agensi untuk membina jaringan serta mengadakan kerjasama strategik bagi mempromosikan peranan serta aktiviti KSM. Rombongan telah diberikan taklimat organisasi oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Asri serta dibawa melawat bilik berita bagi menyaksikan serta memahami proses menghasilkan bahan berita.

Turut serta dalam kunjungan adalah En. Azeem Shah, Ketua Komunikasi Korporat KSM serta En. Michael Murty, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri Sumber Manusia

KOR_HMETRO2 KOR_HMETRO3

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!