|
PANDUAN
BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN REKABENTUK DAN PEMASANGAN LIF, ESKALATOR DAN
DUMBWAITER
di bawah Peraturan-Peraturan
Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.
1.
PENGENALAN
Pemasangan Lif Letrik Penumpang, eskalator dan dumbwaiter
hendaklah mendapat kelulusan rekabentuk jentera dari Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan Industri, Ibupejabat.
2.
PERATURAN-PERATURAN YANG DIPERUNTUKKAN
Syarikat pemasang lif dikehendaki mendapat kelulusan
dari Jabatan ini bagi setiap pemasangan lif seperti yang diperuntukkan
di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967 di bawah Peraturan-Peraturan Lif
Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.
3.
TUJUAN
Risalah ini dikeluarkan bagi menunjuk arah kepada pemohon
untuk mengetahui tatacara kelulusan pemasangan lif dikeluarkan supaya pemasangan
lif tersebut adalah selamat kepada pengguna. Jabatan ini memastikan supaya
rekabentuk dan pemasangan lif ini mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-Peraturan
Lif Letrik (Penumpang dan Barang-Barang) Kilang dan Jentera, 1970.
4.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon yang hendak mendapatkan kelulusan rekabentuk
dan pemasangan lif hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
- berdaftar dengan Jabatan
ini sebagai Syarikat Memasang dan Menyelenggara Lif, Eskalator dan Dumbwaiter,
- mempunyai sekurang-kurangnya satu
(1) orang Orang Kompeten yang masih aktif dengan syarikattersebut dan
diiktiraf oleh Jabatan ini.
5.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Bagi tujuan mendapat kelulusan pemasangan lif, pemunya
atau syarikat pemasang lif hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa
Kilang dan Jentera, dua (2) salinan dokumen-dokumen yang berikut:-
- data-data terperinci dan
ukuran-ukuran lif seperti yang dikehendaki di Jadual Pertama, dalam Akta
ini,
- lukisan pelan yang lengkap dan menunjukkan
butir-butir dan saiz siap yang berikut:-
i. saiz dan kedudukan
lubang lif
ii. butir-butir mengenai litup
lubang lif
iii. saiz, kedudukan, bilangan dan
jenis pintu lataran
iv. saiz dan kedudukan bilik jentera
berkaitan dengan lubang lif
v. peruntukan laluan ke bilik
jentera
vi. peruntukan bagi gantian udara dan,
jika boleh, cahaya semulajadi bilik jentera
vii. bilangan tingkat yang dilayan oleh lif
viii. tinggi antara setiap tingkat lataran
ix. bilangan pintu masuk
x. jumlah ruang atas
xi. ketinggian bilik jentera
xii. kedalaman lubang pit.
- Sijil-sijil atau
perakuan yang dikeluarkan oleh pembuat lift berkenaan:
i. perakuan menyatakan
bahawa lif itu telah direkabentuk dan dibina menurut
peraturan-peraturan
ini setakat mana peruntukan-peruntukan ini dipakai baginya,
ii. perakuan menyatakan bahawa
rekabentuk giar keselamatan dan rekabentuk penampan jenis minyak
telah berjaya dalam ujian-ujian, termasuk ujian laju lampau di bawah beban kontrak
penuh,
iii. perakuan menyatakan bahawa tebatan
bagi bahagian-bahagian letrik semua pengawal pesawat
mengunci pintu lataran, pesawat merentikan kereta lif pada hujong perjalanan, suis get,
suis-suis pintu kereta lif dan pesawat kendalian yang lain dan yang seumpamanya telah berjaya
dalam ujian, dengan mengguna volta arus ulang alik sama dengan sepuluh kali volta
kerja, dengan volta maksima dua ribu volta selama tidak kurang daripada
satu minit apabila dikenakan:
a. diantara bahagian hidup dengan
kotak-kotak atau rangka bina dengan semua litat-litar tertutup;
b. diantara terminal-terminal utama
atau bahagian-bahagian yang bersamaan dengan semua litar
terbuka; dan
c. diantara mana-mana bahagian litar
hidup atau litar-litar berasingan;
iv. perakuan menyatakan garispusat, binaan,
mutu dan kekuatan tensil tali-tali pengantung.
|