|
MAKLUMAT UNTUK PERMOHONAN
REKABENTUK KREN LALUAN ATAS (OVERHEAD
TRAVELLING CRANE)
1. SURAT PERMOHONAN
Surat Permohonan hendaklah
dari pembekal atau pemunya.
Semua surat permohonan hendaklah
mempunyai nama syarikat, alamat, tarikh surat, rujukan surat, bilangan
jentera yang dipohon, nama pemilik, kedudukan jentera hendak dipasang dan
tandatangan. (Perhatian : Syarikat pembuat/pemasang tempatan hendaklah
berdaftar dengan JKKP HQ)
2. TIGA (3) SET LUKISAN
PELAN DALAM BAHASA MALAYSIA ATAU ENGLISH, BERSAIZ A1 YANG MENUNJUKKAN PERKARA
-PERKARA BERIKUT:-
-
'Detail assembly drawing' dengan
ukuran-ukuran.
-
'Detail of girder" termasuk 'cross
section of girder', 'detail of diaphram', 'detail of end plate' dan yang
berkaitan.
-
'Detail end carriage' termasuk
'plan view', 'front view' dan 'section of end carriage'.
-
Pelan rekabentuk 'cabin' atau
'leg' jika ada.
-
Butir-butir berkenaan spesifikasi
bahan-bahan (material specification) beserta dengan saiz bahan dan kuantiti
yang digunakan.
-
Data-data spesifikasi seperti
jenis(type), ukuran rentang (span), beban kerja selamat (SWL), model hoist/buatan,
'lifting height', 'lifting speed', 'cross travel speed', 'long travel speed',
kod (code), 'power supply', 'control', 'crane class' dan lain-lain maklumat
pada sebelah kanan lukisan pelan.
-
Ruangan kosong untuk cop kelulusan
dari jabatan ini bersaiz sekurang-kurangnya 12 cm x 7 cm pada sebelah kanan
setiap pelan rekabentuk.
-
Tandatangan beserta dengan nombor
pelan pada setiap lukisan pelan.
3. TIGA (3) SALINAN
PERKIRAAN REKABENTUK
-
Perkiraan kekuatan struktur dan
beban mengikut piawaan antrabangsa (international standard code).
-
Faktor keselamatan (impact factor).
4. BUTIR-BUTIR HOIST (HOIST SPECIFICATION)
& SIJIL UJIAN HOIST
5. BUTIR-BUTIR 'WIRE ROPE'
(WIRE ROPE SPECIFICATION)
6. SIJIL UJIAN DARI PEMBUAT
(MANUFACTURER CERTIFICATE)
7. LAPORAN PEMERIKSAAN ATAU
SURAT PERAKUAN DARI NEGARA ASAL / LAPORAN DARI BADAN KUASA MEMERIKSA KETIGA
JIKA KREN TELAH DIPAKAI
8. SENARAI ALAT-ALAT KAWALAN
KESELAMATAN (LIST OF SAFETY FEATURE)
-
Penerangan mengenai fungsi alat-alat
kawalan keselamatan.
-
Kedudukan alat-alat tersebut
pada jentera.
PERINGATAN:
-
Maklumat lampiran A1 hendaklah
disertakan
-
Bagi girder yang menggunakan
I-beam & H-Beam yang kurang daripada 4 ton tidak memerlukan kelulusan
rekabentuk dari Ibu Pejabat tetapi perlu berhubung dengan Pejabat Negeri.
|