MAKLUMAT UNTUK PERMOHONAN REKABENTUK  MESIN ANGKAT ‘SCISSOR LIFT’


 

1.         SURAT PERMOHONAN

Surat Permohonan hendaklah dari syarikat pembuat, pembekal atau pemunya.

Semua surat permohonan hendaklah mempunyai nama syarikat, alamat, tarikh surat, rujukan surat, bilangan & model jentera yang dipohon, nama pemilik, kedudukan jentera hendak dipasang dan tandatangan.

 

( Perhatian : Syarikat pembuat / pemasang tempatan hendaklah berdaftar dengan JKKP HQ )

 

2.          LUKISAN PELAN DALAM BAHASA MELAYU ATAU ENGLISH, BERSAIZ A1 YANG MENUNJUKKAN PERKARA -PERKARA BERIKUT:-

              ( Jika pembuat adalah tempatan )

 

a)         Pelan keseluruhan rekabentuk scissor lift dan ukuran-ukurannya.

 

b)        Pelan terperinci pada pandangan hadapan dan sisi serta platform pada kedudukkan teratas dan terbawah.

 

c)        Butir-butir berkenaan spesifikasi bahan-bahan (material specification) beserta dengan saiz bahan dan kuantiti yang digunakan.

 

d)         Data-data spesifikasi seperti jenis(type), beban kerja selamat (SWL), model/jenis hidrolik, kapasiti, model, 'lifting height', 'lifting speed', vertical travel, ‘floor area’, kod (code), 'power supply', 'control', dan lain-lain maklumat pada sebelah kanan lukisan pelan. 

 

e)         Ruangan kosong untuk cop kelulusan dari jabatan ini bersaiz sekurang-kurangnya

 

12 cm x 7 cm pada sebelah kanan setiap pelan rekabentuk

 

f)         Tandatangan beserta dengan nombor pelan pada setiap lukisan pelan.

  

3.    PERKIRAAN REKABENTUK

 

-Perkiraan kekuatan struktur dan beban mengikut piawaan antrabangsa.

-keupayaan hidrolik berbanding beban kerja selamat yang digunakan.

-analisa daya ricih pada pin.

-Koda atau standard yang digunakan dalam perkiraan rekabentuk.

-Faktor keselamatan (impact factor).

 

4.    SIJIL UJIAN DARI PEMBUAT ( MANUFACTURER CERTIFICATE )

 

 

5.   SURAT PELEPASAN KASTAM ( JIKA IANYA DI IMPORT )

 

 

6.    SENARAI ALAT-ALAT KAWALAN KESELAMATAN ( LIST OF SAFETY FEATURE )

 

-Penerangan mengenai fungsi alat-alat kawalan keselamatan.

-Kedudukan alat-alat tersebut pada jentera.

 

7.   PROSEDUR UJIAN BEBAN YANG AKAN DIJALANKAN.

 

PERINGATAN:

a.    Maklumat lampiran A2 hendaklah dilengkapkan.

b.    Setiap permohonan hendaklah dalam 3 salinan/set dan dimasukkan ke dalam satu fail untuk mengelakkan keciciran.