MAKLUMAT UNTUK PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK ‘STAIRLIFT, DISABLE LIFTER'


 

1.       SURAT PERMOHONAN

Surat permohonan hendaklah dari pembuat atau pembekal. Semua surat permohonan hendaklah mempunyai nama syarikat, rujukan surat, tarikh surat, model jentera yang dipohon dan tandatangan.

 

2.       DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

   a.       Lukisan pelan yang menunjukkan perkara-perkara berikut;

i)        Pelan keseluruhan rekabentuk dan pemasangan serta ukuran-ukurannya dalam unit metrik.

ii)       Pelan terperinci yang menunjukkan lebar dan ketebalan platform kawalan keselamatan dan lain-lain.

iii)     Butir-butir teknikal seperti spesifikasi, model, kapasiti dan lain-lain,

iv)      Nombor pelan

v)       Tajuk pelan

vi)      Nama syarikat pembuat.

b.       Perkiraan rekabentuk yang menunjukkan data-data seperti:

i)        keupayaan sistem berbanding beban kerja selamat yang digunakan,

ii)       faktor keselamatan

iii)     analisa daya

iv)      Koda atau standard yang digunakan dalam perkiraan rekabentuk.

 

c.              Katalog dan spesifikasi dari syarikat pembuat. Spesifikasi ini mestilah menunjukkan model, nombor siri dan beban kerja selamat. 

d.            Senarai alat-alat kawalan yang terdapat pada jentera seperti peranti beban lampau, peranti limit, toe guard, suis kecemasan, suis kawalan dll. Satu penerangan ringkas mengenai fungsi alat-alat kawalan tersebut hendaklah disertakan.

      e.       Sijil perakuan dari syarikat pembuat yang menyatakan kualiti keluaran dan ujian yang telah dijalankan oleh pembuat.

f.         Prosedur ujian beban yang akan dilakukan ditempat pemilik/tempat dimana jentera dipasang.

PERINGATAN :

                 

a.        Maklumat Lampiran A8 hendaklah disertakan

b.         Setiap permohonan hendaklah dalam 3 salinan/set dan dimasukkan ke dalam satu fail untuk mengelakkan keciciran.