MAKLUMAT UNTUK PERMOHONAN REKABENTUK KREN BERGERAK ‘MOBILE CRANE'


 

 

1.         SURAT PERMOHONAN

Surat Permohonan hendaklah dari pembekal atau pemunya.

Semua surat permohonan hendaklah mempunyai nama syarikat, alamat, tarikh surat, rujukan surat, model jentera yang dimohon, nama pemilik dan tandatangan.

 

 

2.         LUKISAN PELAN DALAM BAHASA MELAYU ATAU ENGLISH, BERSAIZ A1 YANG MENUNJUKKAN PERKARA -PERKARA BERIKUT:-

 (jika pembuat adalah tempatan)

a)        'Detail assembly drawing' dengan ukuran-ukuran 

b)        Butir-butir berkenaan spesifikasi bahan-bahan (material specification) beserta dengan saiz bahan dan kuantiti yang digunakan. 

c)        Ruangan kosong untuk cop kelulusan dari jabatan ini bersaiz sekurang-kurangnya

12 cm x 7 cm pada sebelah kanan setiap pelan rekabentuk. 

d)        Tandatangan beserta dengan nombor pelan pada setiap lukisan pelan.

 

 3.      PERKIRAAN REKABENTUK .

-Perkiraan kekuatan struktur dan beban mengikut piawaan antrabangsa.

-Faktor keselamatan (impact factor).

 4.       SPESIFIKASI TEKNIKAL / KATALOG

 5.       CARTA BEBAN KERJA YANG DIGUNAKAN UNTUK OPERASI KREN TERSEBUT

 6.       SIJIL UJIAN / BUTIR-BUTIR 'WIRE ROPE' (WIRE ROPE CERTIFICATE  / SPECIFICATION)

 7.       SIJIL DARI PEMBUAT ( MANUFACTURER CERTIFICATE )

 8.       MANUAL OPERASI DAN PENYELENGGARAAN

 9.       BORANG PELEPASAN KASTAM ( JIKA DI IMPORT )

 10.     SENARAI ALAT-ALAT KAWALAN KESELAMATAN ( LIST OF SAFETY FEATURE )

-Penerangan mengenai fungsi alat-alat kawalan keselamatan.

-Kedudukan alat-alat tersebut pada jentera.

 11.       PROSEDUR UJIAN BEBAN YANG AKAN DIJALANKAN.

PERINGATAN:

a.       Maklumat lampiran A7 hendaklah disertakan dan dilengkapkan.

b.       Setiap permohonan hendaklah dalam 3 salinan/set dimasukkan ke dalam satu fail untuk mengelakkan keciciran.