MAKLUMAT UNTUK PERMOHONAN REKABENTUK ‘MECHANICAL CAR PARKING'


 

1.         SURAT PERMOHONAN

Surat Permohonan hendaklah dari pembekal atau pemunya.

Semua surat permohonan hendaklah mempunyai nama syarikat, alamat, tarikh surat, rujukan surat, nama pemilik, model dan kedudukan jentera hendak dipasang dan tandatangan.

 

( Perhatian : Syarikat pembuat / pemasang tempatan hendaklah berdaftar dengan JKKP HQ )

 

 

2.          LUKISAN PELAN DALAM BAHASA MELAYU ATAU ENGLISH, BERSAIZ A1 YANG MENUNJUKKAN PERKARA -PERKARA BERIKUT:- 

a)                 'Detail assembly drawing' dengan ukuran-ukuran.

b)                 Butir-butir berkenaan spesifikasi bahan-bahan (material specification) beserta dengan saiz bahan dan kuantiti yang digunakan.

c)                 Data-data spesifikasi seperti jenis(type), beban kerja selamat(SWL), model hoist/buatan,  kod (code), 'power supply', 'control' dan lain-lain maklumat pada sebelah kanan lukisan pelan.

d)                 Ruangan kosong untuk cop kelulusan dari jabatan ini bersaiz sekurang-kurangnya

12 cm x 7 cm pada sebelah kanan setiap pelan rekabentuk.

e)                 Tandatangan beserta dengan nombor pelan pada setiap lukisan pelan.

 

3.     PERKIRAAN REKABENTUK 

-Perkiraan kekuatan struktur dan beban mengikut piawaan antrabangsa.

-Faktor keselamatan (impact factor).

 

4.      SIJIL UJIAN / BUTIR-BUTIR HOIST (HOIST CERTIFICATE / SPECIFICATION)

5.      SPESIFIKASI TEKNIKAL / KATALOG

6.      SIJIL UJIAN / BUTIR-BUTIR 'WIRE ROPE' (WIRE ROPE CERTIFICATE / SPECIFICATION)

7.      SIJIL DARI PEMBUAT ( MANUFACTURER CERTIFICATE )

8.      SURAT PENGESAHAN DARI JURUTERA STRUKTUR STRUCTURAL CALCULATION (for elevated Car Park System)

9.      MANUAL OPERASI DAN PENYELENGGARAAN

10.    BORANG PELEPASAN KASTAM ( JIKA DI IMPORT )

11.    SENARAI ALAT-ALAT KAWALAN KESELAMATAN (LIST OF SAFETY FEATURE)

-Penerangan mengenai fungsi alat-alat kawalan keselamatan.

-Kedudukan alat-alat tersebut pada jentera.

12.     PROSEDUR UJIAN BEBAN YANG AKAN DIJALANKAN

  

PERINGATAN:

a.     Maklumat lampiran A13 hendaklah disertakan dan dilengkapkan.

b.     Setiap permohonan hendaklah dalam 3 salinan/set dan dimasukkan ke dalam satu fail untuk mengelakkan keciciran.