MAKLUMAT UNTUK PERMOHONAN REKABENTUK KREN KONTENA ‘CONTAINER CRANE


1.         SURAT PERMOHONAN
 
Surat Permohonan hendaklah dari pembuat (pembuat tempatan),  pembekal atau pemunya.
Semua surat permohonan hendaklah mempunyai nama syarikat, alamat, tarikh surat, rujukan surat, nama pemilik, kedudukan jentera hendak dipasang dan tandatangan.
( Perhatian : Syarikat pembuat / pemasang tempatan hendaklah berdaftar dengan JKKP HQ )

 

 

2.         LUKISAN PELAN DALAM BAHASA MELAYU ATAU ENGLISH, YANG MENUNJUKKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT YANG DIBUAT DAN DISAHKAN OLEH PEMBUAT KREN / BADAN MEMERIKSA KETIGA:-

a)         Lukisan yang menunjukkan keseluruhan mesin angkat, spesifikasi dan dimensi utama 

b)         ‘Detail assembly drawing’ dengan ukuran-ukuran. 

c)         ‘Detail of Girder’ termasuk ‘cross section of girder’, ‘cabin’, ‘leg’, dan lain-lain. 

d)         ‘Detail of End Carriage, termasuk ‘plan view’ dan ‘front view’. 

e)         Butir-butir berkenaan specifikasi bahan-bahan (material specification) beserta dengan saiz bahan dan kuantiti yang digunakan. 

f)         Ruangan kosong untuk cop kelulusan dari jabatan ini bersaiz sekurang-kurangnya

 12 cm x 7 cm pada sebelah kanan setiap pelan rekabentuk

g)         Tandatangan beserta dengan nombor pelan pada setiap lukisan pelan.

 

 3.        PERKIRAAN REKABENTUK 

-Perkiraan kekuatan struktur dan beban mengikut piawaan antrabangsa yang disediakan oleh pembuat kren / badan memeriksa ketiga.

 4.        SIJIL UJIAN / BUTIR-BUTIR HOIST ( HOISTCERTIFICATE / SPECIFICATION )

 5.        SPESIFIKASI TEKNIKAL/KATALOG

 6.        SIJIL UJIAN / BUTIR-BUTIR 'WIRE ROPE' (WIRE ROPE CERTIFICATE / SPECIFICATION)

 7.       SIJIL UJIAN ‘TWIST LOCK’ / SPREADER

 8.       LAPORAN UJIAN TANPA MUSNAH DARI BADAN MEMERIKSA KETIGA

-          Laporan ‘hardness test’

-          Laporan ujian tanpa musnah sambungan kimpalan (merangkumi surface & subsurface)  

 9.        MANUAL OPERASI DAN PENYELENGGARAAN

 10.       SENARAI ALAT-ALAT KAWALAN KESELAMATAN ( LIST OF SAFETY FEATURE )

-Penerangan mengenai fungsi alat-alat kawalan keselamatan.

-Kedudukan alat-alat tersebut pada jentera.

 11.       PROSEDUR UJIAN BEBAN YANG AKAN DIJALANKAN.

 

PERINGATAN:

a.        Maklumat lampiran A10 hendaklah disertakan dan dilengkapkan.

b.        Setiap permohonan hendaklah dalam 3 salinan/set dan dimasukkan ke dalam satu fail untuk mengelakkan keciciran.

c.        Ujian Fungsi oleh badan memeriksa ketiga hendaklah diserahkan kepada Pejabat negeri sebelum ujian dilakukan.