MAKLUMAT UNTUK PERMOHONAN REKABENTUK  "AERIAL PLATFORM"


 

 

1.          SURAT PERMOHONAN

 

Surat Permohonan hendaklah dari pembuat (pembuat tempatan), pembekal atau pemunya.

Semua surat permohonan hendaklah mempunyai nama syarikat, alamat, tarikh surat, rujukan surat, nama pemilik, model jentera, kedudukan jentera hendak dipasang dan tandatangan.

( Perhatian : Syarikat pembuat / pemasang tempatan hendaklah berdaftar dengan JKKP HQ )

 

 

2.         LUKISAN PELAN DALAM BAHASA MELAYU ATAU ENGLISH, BERSAIZ A1 YANG MENUNJUKKAN PERKARA -PERKARA BERIKUT:-
               ( jika pembuat tempatan ) : 

a)        'Detail assembly drawing' dengan ukuran-ukuran dan carta beban kerja dan 'maximum reach' yang digunakan untuk operasi kren. 

b)        Butir-butir berkenaan spesifikasi bahan-bahan (material specification) beserta dengan saiz bahan dan kuantiti yang digunakan. 

c)        Ruangan kosong untuk cop kelulusan dari jabatan ini bersaiz sekurang-kurangnya12 cm x 7 cm pada sebelah kanan setiap pelan rekabentuk. 

d)        Tandatangan beserta dengan nombor pelan pada setiap lukisan pelan.

 

 3.         PERKIRAAN REKABENTUK 

-Perkiraan kekuatan struktur dan beban mengikut piawaan antrabangsa.

-Faktor keselamatan (impact factor).

 4.        SPESIFIKASI TEKNIKAL / KATALOG

 5.        CARTA BEBAN KERJA YANG DIGUNAKAN UNTUK OPERASI KREN TERSEBUT

 6.        SIJIL DARI PEMBUAT (MANUFACTURER CERTIFICATE)

 7.        MANUAL OPERASI DAN PENYELENGGARAAN

 8.        BORANG PELEPASAN KASTAM ( JIKA DI IMPORT )

 9.        SENARAI ALAT-ALAT KAWALAN KESELAMATAN ( LIST OF SAFETY FEATURE )

-Penerangan mengenai fungsi alat-alat kawalan keselamatan.

-Kedudukan alat-alat tersebut pada jentera.

 

10.       PROSEDUR UJIAN BEBAN TERMASUK JUMLAH BEBAN YANG PERLU DIKENAKAN

 

PERINGATAN:

a.             Maklumat lampiran A9 hendaklah disertakan dan dilengkapkan.

b.             Setiap permohonan hendaklah dalam 3 salinan/set dan dimasukkan ke dalam fail unruk mengelakkan keciciran.