|
KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT / LIF |
||
|
PENGENALAN Setiap mesin angkat selain dari gunatangan ( manual ) adalah dikehendaki memiliki Perakuan Kelayakan Mesin Angkat ( CF ) yang sah untuk digunakan. Oleh yang demikian kelulusan rekabentuk dikehendaki terlebih dahulu dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP ), Ibupejabat sebelum diperbuat, dipasang atau digunakan. Permohonan hendaklah dibuat oleh syarikat pembuat, pemasang, pembekal atau pemilik mesin angkat berkenaan. Dimana setiap syarikat pembuat, pemasang, penyelenggara dan perombak mesin angkat mestilah berdaftar dengan JKKP Ibupejabat mengikut jenis-jenis mesin angkat. Terdapat beberapa keadaan, jenis mesin angkat serta tempoh sah yang diberikan kelulusan iaitu berdasarkan; 1. Bagi mesin angkat untuk mesin angkat dibuat mengikut kehendak pengguna (tailor made) seperti Kerin Laluan Atas (Overhead Travelling Crane), Monorail Crane, Portal Crane, Jib Crane, Container Crane, Gondola, Scissors Lift, Goodshoist dan lain-lain. Tempoh sah kelulusan rekabentuk adalah 2 tahun sahaja.
2. Bagi mesin angkat jenis Kerin Bergerak (Mobile Crane), Kerin Berantai (Crawler Crane) dan Truck Mounted Crane kelulusan diberikan berdasarkan kepada model kren berkenaan. Sekiranya model berkenaan belum mendapat kelulusan, pihak yang ingin menggunakan model berkenaan perlulah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. 3.Bagi mesin angkat jenis Aerial Platform dan Post Lift kelulusan diberikan berdasarkan kepada model mesin angkat dan syarikat pemohon. 4. Bagi mesin angkat Kren Menara (Tower Crane) kelulusan diberikan berdasarkan bilangan unit yang dimohon sahaja. Kelulusan dari pihak MITI diperlukan serta syarikat pembuat / pemasang struktur tersebut hendaklah berdaftar dengan JKKP. 5. Bagi mesin angkat Penumpang dan Barang-barang (Passenger and Material Hoist) kelulusan diberikan untuk mesin angkat baru sahaja serta syarikat pembuat / pemasang struktur tersebut hendaklah berdaftar dengan JKKP. 6. Bagi mesin angkat Barang-barang (Material Hoist) kelulusan diberikan berdasarkan model mesin angkat berkenaan. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada ;
|
||
|
Maklumat - maklumat yang berkaitan dengan Mesin Angkat |
| Pengecualian |
Maklumat-maklumat
yang diperlukan untuk Rekabentuk Mesin Angkat
|