PENGECUALIAN
- Bagi mesin angkat jenis Kerin Laluan Atas ( Overhead Travelling Crane ), Monorail Crane, Portal Crane dan Jib Crane sekiranya galang / girder yang menggunakan I-beam & H-Beam Standard, dimana Beban Kerja Selamat( SWL ) yang kurang dari 4 ton tidak memerlukan kelulusan rekabentuk dari Ibu Pejabat tetapi masih perlu didaftarkan dengan JKKP Negeri.
Syarikat pembuat berdaftar atau pemilik dikehendaki berhubung terus dengan JKKP berkenaan dengan mengemukakan maklumat berkaitan, lukisan asas serta perkiraan struktur.
- 2. Bagi mesin angkat Tail-Lift / Dock Leveller dikecualikan dari memerlukan Perakuan Kelayakan Mesin Angkat ( CF ) tetapi masih memerlukan kelulusan rekabentuk.