11 Ogos 2018 : Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) 2018 telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Majlis perasmian Sidang 1 telah disempurnakan oleh YB Dato' Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia manakala Sidang 2 telah disempurnakan oleh Dato’ Dr Amir Omar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Dasar & Antarabangsa ), Kementerian Sumber Manusia.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ Mahfuz Omar beliau berharap agar CIAST terus dapat melahirkan tenaga pengajar yang bertaraf dunia, berpengatahuan, kompeten, berdisiplin serta responsive terhadap persekitaran dan teknologi yang seterusnya dapat merealisasikan visi CIAST sebagai organisasi yang mampu membangunkan tenaga pengajar bertaraf dunia dalam bidang kemahiran. 

 

Seramai 2,504 graduan penerima diploma dan sijil telah diraikan dalam majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada para graduan.

30 Julai 2018 : Para graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) disaran untuk sentiasa meneroka kemahiran dan ilmu baharu yang relevan dengan Revolusi Industri 4.0. (IR4.0). Saranan ini dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran pada majlis Konvokesyen ILJTM Kementerian Sumber Manusia Ke-23 2018 yang bertemakan ‘TVET ke arah Kecemerlangan Negara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurutu beliau lagi, perkara ini penting agar para graduan dapat bergerak seiiring dengan transformasi digital seperti teknologi robotik supaya kekal relavan dengan keperluan industri. Beliau berpesan agar graduan yang masih muda ini,  perlu memperbaiki kemahiran komunikasi dan meningkatkan produktiviti diri supaya mendapat tempat di dalam pasaran kerja, termasuk meningktkan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris.

Seramai 7,323 graduan ILJTM menamatkan pengajian pada tahun ini, termasuk 1,283 graduan dari ILJTM Sabah dan Sarawak.

2 Ogos 2018 : YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah menyampaikan sumbangan berupa beberapa peralatan ICT dalam Majlis Sumbangan Peralatan Komputer & CSR PTPK kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Insaniah di Kampung Jangkang, Karangan, Kedah.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata Kerajaan mahukan lebih ramai golongan intelektual yang mempunyai asas agama baik. Malah impian ini telah pun disuarakan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahukan sekolah agama beraliran sains dibangunkan.

Beliau juga aberharap agar pelajar juga tidak merasa kecewa sekiranya terdapat kekurangan di sekolah yang mereka belajar ketika ini, malah perlu menjajdikannya sebagai motivasi untuk terus berjaya dan membuktikan kemampuan masing-masing.

17 Julai 2018 : Satu Sesi Jalinan Mesra YB Timbalan Menteri Bersama Media Putrajaya telah diadakan di Cyberjaya. YB Datuk Mahfuz Omar dalam ucapannya mengesa agar pihak media membuang rasa ketakutan kepada orang politik, mesti berani lapor apa yang dirasakan tidak betul dilakukan orang politik.

Ujarnya lagi, media harus mempunyai kebebasan sendiri selaras dengan konsep pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman yang diamalkan di negara ini, selain menganggap media adalah elemen keempat kepada konsep pemisahan kuasa itu yang turut memainkan peranan bagi memastikan pengurusan kerajaan berjalan dengan betul.

Namun katanya lagi, media harus melaporkan berita dengan tepat dan betul, selain pemimpin kerajaan dan ahli politik itu sendiri yang perlu memastikan setiap maklumat yang disampaikan kepada media adalah tepat supaya persepsi masyarakat terhadap kerajaan tidak negatif.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia Kementerian, Dato’ Md Ziki bin Abd Rahman, Pengerusi Kelab Media Putrajaya, Norliza Abd Rahman serta Ketua Komunikasi Koperat Kementerian, Encik Izzad Zalman bin Abdul Kader.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!