Dasar Kerahsiaan | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta | Penafian

 

7 Disember 2017 : Satu majlis graduasi untuk 100 orang kakitangan PROTON yang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 telah di adakan di Pusat Kecemerlangan Proton Subang Jaya pada hari ini. Penyampaian disempurnakan oleh YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia. Tidak seperti kebanyakan acara konvokesyen, keunikan majlis ini adalah rata-rata graduan yang menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berusia antara 40 hingga ke 50 tahun ke atas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato' Dr Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan Encik Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan YBhg Dato' Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON turut hadir pada majlis tersebut.

24 Nov 2017 : Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Produk Inovasi OKU 2017 telah diadakan pada 24 November 2017 (Jumaat) bertempat di Grand Ballroom, Hotel Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur. Karnival ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Paeza Rosdi, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Karvival ini diadakan untuk mempromosi peranan utama KSM selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) dalam menyediakan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan sistem sokongan pekerjaan kepada golongan OKU di Malaysia. Karnival ini juga diadakan bagi memastikan golongan OKU terlibat secara aktif dalam arus pembangunan Negara selari dengan matlamat Akta OKU 2008 dan prinsip inklusiviti OKU dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Seramai 1000 orang pengunjung telah menghadiri karnival ini yang terdiri daripada para pencari kerja OKU, pempamer, majikan, pelajar-pelajar universiti awam dan swasta, wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan dan swasta dan orang awam.

6 Disember 2017 : Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato Sri’ Adenan bin Ab Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang baharu. Beliau dilantik menggantikan Ybhg Dato' Hj Mohd Shariff bin Hussin mulai 1 Disember 2017. Satu majlis ringkas Penyerahkan Surat Pelantikan kepada Dato Sri’ Adenan bin Ab Rahman oleh YB Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Richard Riot Jaem telah berlansung di di Pejabat Menteri Sumber Manusia pada 1 Disember 2017.

16 Nov 2017 : Seminar Kerjaya, Keusahawanan dan Kesejahteraan Sosial Ibu Tunggal 2017 anjuran Kementerian Sumber Manusia telah diadakan pada 16 November 2017 (Khamis) di Hotel Ancasa Express, Pudu Sentral, Kuala Lumpur.

Objektif utama penganjuran Seminar ini antara lain adalah untuk mempromosi dan memberi pendedahan tentang peranan serta tanggungjawab Kementerian, Jabatan dan Agensi di dalam Kementeria dalam penawaran pekerjaan serta latihan, program dan aktiviti kemahiran kepada golongan ibu tunggal. Ia juga bagi memupuk dan menyebarluas maklumat mengenai hak-hak, kebajikan, peluang ibu tunggal dalam pekerjaan dan isu-isu berkaitan dari sudut perundangan, selain memberikan kesedaran tentang kepentingan meningkatkan taraf sosio-ekonomi melalui khidmat nasihat Agensi kerajaan berkaitan pekerjaan, keusahawanan, kebajikan, kesihatan dan kekeluargaan.

Seramai 80 orang telah menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada para pempamer, wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan dan swasta serta ahli-ahli persatuan ibu tunggal di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!