Privacy Policy | Security Policy | Copyright Notice | Disclaimer

 

Hari ICT Kementerian Sumber Manusia 2017

Hari ICT Kementerian Sumber Manusia 2017 dengan tema 'Komunikasi Tanpa Batas' telah diadakan pada 2 November 2017 di Dewan Serbaguna KSM. Ia merupakan anjuran bersama Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian bersama Unit Teknologi Maklumat Jabatan serta Agensi di Bawah Kementerian bagi meningkatkan lagi kesedaran tentang budaya penggunaan ICT yang selamat dan berkesan. Sambutan telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Mohamed Elias bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha ( Operasi ) yang juga CIO Kementerian.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti ceramah ICT daripada MAMPU, MDEC dan Ofisgate serta pameran, jualan, kuiz, klinik komputer dan permainan ICT.
Sementara itu Ybhg Dato' Mohamed Elias dalam ucapan perasmiannya menggesa warga Kementerian agar meningkatkan kefahaman tentang hasrat Kerajaan Digital dalam melaksanakan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan teknologi terkini dengan cara yang Inovatif kepada komuniti rakyat.

Katanya lagi, komunikasi tanpa batas hanya melibatkan batasan waktu dan tempat. Namun sebagai penjawat awam, masih terikat dengan peraturan dan perlu memastikan tiada kebocoran maklumat digital kerajaan serta memburuk-burukkan kerajaan khususnya menerusi media sosial.

TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!